Bangunan pentadbiran MOSTI di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Malaysia telah menandatangi dua daripada lima perjanjian atau konvensyen angkasa lepas antarabangsa berkaitan angkasa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Manakala proses meratifikasi atau menganggotai kesemua perjanjian atau konvensyen tersebut sedang dipertimbangkan selaras kepentingan negara, kata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Dua perjanjian yang telah ditandatangani tetapi belum diratifikasi ialah Treaty on Principle Governing the Activities of States in the Exploration and Use of Outer Space, Including the Moon and Other Celestial Bodies, 1967 (OST 1967) dan 1967) dan Agreement on the Rescue of Astronauts, the Return of Astronauts and the Return of Objects Launched into Outer Space, 1968 (ARRA 1968).

Manakala tiga perjanjian yang belum ditandatangani ialah Convention on International Liability for Damage Caused by Space Objects, 1972. (LIAB 1972), Convention of Registration of Objects Launched into Outer Space, 1975 (REG
1975) dan Agreement Governing the Activities of State on the Moon and Other Celestial Bodies, 1979 (MOON 1979).

Katanya, keanggotaan Malaysia dalam Pertubuhan United Nation-Committee on the Peaceful Uses of Outer Space (UNCOPUOS) sejak tahun 1994 menunjukkan komitmen negara untuk melaksanakan tanggungjawabnya dalam sektor angkasa di peringkat antarabangsa.

Komitmen negara ini telah dibuktikan melalui pewartaan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] pada 25 Januari 2022.

”Dengan adanya Akta 834 ini, membolehkan kerajaan melalui MOSTI mempertimbangkan tindakan yang perlu untuk meratifikasi kesemua perjanjian atau konvensyen antarabangsa berkaitan angkasa selaras keutamaan dan kepentingan negara,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast