Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Tiga isu utama yang belum dicapai kata sepakat oleh parti gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) dijangka diselesaikan tidak lama lagi.

Isu itu melibatkan logo, manifesto dan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, beliau yakin PH membuat keputusan secara bersama dalam masa terdekat ini dan akan mencapai kata sepakat.

“Semua ini akan selesai tidak lama lagi. Kita akan menghadapi PRU dengan tiada isu untuk dibangkitkan oleh pihak lawan,” katanya dalam satu majlis di sini, malam tadi.

Beliau turut menyentuh mengenai Akta Anti Lompat Parti, yang katanya, pendirian 42 Ahli Parlimen DAP dan 11 dari Parti Amanah Negara (Amanah) patut dipuji kerana kekal bersama dalam PH.

Katanya, walaupun ada beberada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari dua parti itu telah lompat ke parti lain di peringkat negeri.

Loke yakin dengan adanya akta itu, isu lompat parti tidak akan berulang lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast