KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter daripada RM4.50 kepada RM4.40 seliter untuk tempoh antara 11 hingga 17 Ogos ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal masing-masing dijual pada harga RM2.05 dan RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, seperti mana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran,” katanya.

Menurutnya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette