Amar Singh Ishar Singh

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra Kamrudin (RPK) berhubung kenyataan yang didakwa berbaur fitnah ke atasnya.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ketika dihubungi MalaysiaGazette berkata, laporan terhadap blogger itu dibuat petang tadi.

Yes..Report lodged by me at Dang Wangi(laporan dibuat oleh saya di IPD Dang Wangi).

Two other reports also lodged by two retired deputy directors of PDRM (Dua lagi laporan polis turut dibuat oleh dua lagi bekas Timbalan Pengarah dari PDRM).

The police are now investigating RPK for defamation u/s 500 Penal Code and 233 of MCMC (Polis kini sedang menjalankan siasatan RPK atas defamasi di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998),” katanya ketika dihubungi malam ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya menerusi satu kenyataan media telah mengesahkan bahagian siasatan jenayah menerima satu laporan polis berkenaan kes fitnah melibatkan seorang individu yang dimuat naik di portal berita tempatan.

“Pada Jumaat jam lebih kurang 3.02 petang, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi menerima satu laporan polis berkenaan kes fitnah melibatkan seorang individu yang dimuat naik di portal online malaysia today.

“Berikutan itu laporan polis itu, BSJ Dang Wangi telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan dan seterusnya kertas siasatan akan
dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Amar Singh akan buat laporan polis terhadap Raja Petra

Noor Dellhan meminta mana-mana orang yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Dalam kenyataan menerusi laman Facebook peribadinya Amar Singh yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur menafikan dakwaan Raja Petra kononnya teman wanitanya  berada semasa serbuan berkaitan siasatan 1MDB yang dibuat polis di rumah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu empat tahun lepas.

Beliau juga menyifatkan dakwaan Raja Petra bahawa wanita itu telah dibenarkan membuka salah satu beg besar yang mengandungi sejumlah besar wang dan barang kemas selain dibawa keluar wanita itu dari kediaman bekas PM itu semasa serbuan tersebut sebagai tidak berasas dan berniat jahat sama sekali.

Sebagai membidas dakwaan Raja Petra yang kini bersembunyi di United Kingdom, Amar Singh berkata, tiada individu wanita yang dibawa masuk ke rumah bekas Perdana Menteri  yang diserbu itu atau dibenarkan membuka bagasi yang mengandungi wang dan barang kemas.

Beliau juga mengesahkan tiada mana-mana wanita yang membawa keluar dua bagasi besar berisi wang dan barang kemas dari kediaman Najib semasa serbuan dibuat oleh lebih 70 pegawai kanan dan anggota polis dan dipantau serta dilaporan lebih 50 media tempatan dan antarabangsa yang berkampung di lobi bangunan itu pada 2018. – MalaysiaGazette