Seramai 18 wanita GRO warga asing tumpas di tangan polis di Jinjang Kepong semalam. - Gambar ihsan IPD Sentul.

KUALA LUMPUR – Satu sindiket yang disyaki terlibat dalam jenayah pelacuran menggunakan wanita warga asing dan kegiatan pemerdagangan manusia tumpas di ibu negara semalam.

Sebuah premis kediaman di Kepong yang disyaki beroperasi sebagai sarang pelacuran itu digempur pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya telah menyerbu sebuah premis di Taman Fadason, Jinjang yang disyaki menjadi sarang pelacuran semalam.

“Hasil pemeriksaan di dalam premis itu seramai 19 orang telah ditangkap manakala 18 daripadanya terdiri daripada wanita warga asing berusia antara 25 hingga 39 tahun yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran.

“Selain itu, turut ditahan ketika serbuan adalah seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun yang dipercayai penjaga kepada kesemua wanita warga asing yang ditahan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Seramai 17 wanita GRO warga asing ditahan kerana tidak berdokumen bersama penjaga mereka warga tempatan manakala seorang lagi mangsa yang dipaksa melacur oleh sindiket pemerdagangan manusia didalangi warga tempatan diselamatkan oleh polis di Jinjang Kepong semalam.- Gambar ihsan IPD Sentul.

Tambah Eng Lai, hasil siasatan pihaknya mendapati seorang daripada 17 orang tangkapan wanita warga asing yang berusia 39 tahun itu telah dipaksa melacurkan diri dan tidak dibayar sebarang gaji oleh sindiket tersebut.

Justeru, katanya, siasatan lanjut juga mendapati mangsa telah masuk ke negara Malaysia pada dua minggu epas melalui Stulang, Johor untuk bekerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan (GRO) sebelum telah dipaksa menjadi pelacur dan dibawa ke sebuah hotel yang terletak di Kuala Lumpur.

“Manakala baki 17 lagi wanita asing lagi telah mengaku bekerja sebagai GRO tanpa paksaan dan menerima gaji hasil dari perkhidmatan yang telah mereka tawarkan serta bekerja selama lebih kurang dua tahun di Malaysia dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Kini kesemua suspek yang mana 17 wanita warga asing yang kerja sebagai GRO telah ditahan reman selama 14 hari sehingga 27 Ogos ini manakala lelaki warga tempatan ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 19 Ogos ini untuk membantu siasatan,” katanya.

Tegas beliau, pihak mahkamah juga telah meluluskan permohonan polis mendapatkan Perintah Perlindungan Interim (IPO) selama 21 hari bagi tujuan melindungi dan menempatkan mangsa yang telah dipaksa menjalankan aktiviti pelacuran tersebut di rumah perlindungan.

Kes ini telah diklasifikasikan dibawah Seksyen 12 Atipsom kerana kesalahan memperdagangkan orang bagi tujuan eksploitasi dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast