MGNews :GTA Bukan Pecah Belah Tetapi Cantum Parti Orang Melayu – Tun M

Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak tuduhan penubuhan Gerakan Tanah Air (GTA) yang menggabungkan empat parti sebagai memecah belahkan orang Melayu.

Mantan Perdana Menteri yang juga Presiden GTA itu berkata, GTA bukan pertubuhan parti politik, sebaliknya sebuah gerakan yang akan membela orang Melayu yang menghadapi banyak masalah selama ini.