Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen seliter daripada RM4.35 ke RM4.30 seliter bagi tempoh 25 hingga 31 Ogos ini.

Bagaimanapun harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal masing-masing pada pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol
RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terusn terpelihara.” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette