Wednesday, April 24, 2024
Home Foto Pilihan LENSA MG | Kronologi Perbicaraan Kes SRC International Najib (2018-2022)

LENSA MG | Kronologi Perbicaraan Kes SRC International Najib (2018-2022)

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke mahkamah bagi membela diri dalam kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 DISEMBER 2019.

4 Julai 2018 – Najib didakwa buat pertama kali di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta. Kes kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil diiringi pegawai SPRM dan anggota polis ketika hadir untuk pertuduhan di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 04 JULAI 2018
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan penyokong-penyokongnya yang hadir selepas diikat jamin atas pertuduhan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Jenayah, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 04 JULAI 2018
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun bersalaman dengan penyokong-penyokongnya yang hadir selepas diikat jamin atas pertuduhan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Jenayah, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 04 JULAI 2018

8 Ogos 2018 – Najib didakwa di Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana sama (RM42 juta daripada SRC International) yang merupakan hasil kegiatan haram.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di mahkamah bagi mendengar penetapan tarikh perbicaraan tujuh pertuduhan melibatkan kes pecah amanah, salah guna kuasa dan menerima wang hasil aktiviti haram serta pendengaran permohonan beliau untuk mendapatkan perintah larangan terhadap media daripada melaporkan perbincangan berkaitan merit kes dihadapinya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 OGOS 2018.

13 Ogos 2018 – Najib memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak untuk mengeluarkan perintah melarang media dan orang awam daripada menerbitkan kenyataan berhubung merit kesnya.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan perkarangan mahkamah selepas prosiding kes SRC International di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 04 OKTOBER 2018.

18 Dis 2018 – Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk mendapatkan surat pelantikan Datuk Sulaiman Abdullah bagi mengetuai pasukan pendakwaan dan permohonannya untuk mendapatkan dokumen berhubung kes itu.

15 Jan 2019 – Najib menerusi firma guamannya Messrs Shafee Co telah menulis surat bertarikh 15 Jan kepada Mahkamah Tinggi memohon agar perbicaraan yang dijadualkan pada 12 Feb dilapangkan sementara menunggu tiga rayuan interlokutorinya di Mahkamah Rayuan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar dari mahkamah selepas mendengar tiga rayuan termasuk isu interlokutori berhubung pertuduhan kes jenayahnya membabitkan milik SRC International Sdn Bhd (SRC) di Mahkamah Rayuan, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 07 FEBRUARI 2019

21 Mac  2019 – Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan sementara perbicaraan Najib sehingga Mahkamah Persekutuan mendengar dan memutuskan tiga rayuan interlokutori yang sebelum itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

21 Mac 2019 – Mahkamah Rayuan menolak tiga rayuan Najib iaitu rayuannya untuk mendapatkan perintah melarang media dan orang awam membincangkan merit kes jenayahnya; akses kepada dokumen penyiasatan termasuk kenyataan saksi pada peringkat praperbicaraan; dan mengenai penarikan balik sijil perpindahan pertuduhannya oleh Peguam Negara.

3 April 2019 – Perbicaraan bermula selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Najib untuk mengisytiharkan tujuh pertuduhan terhadapnya sebagai tidak sempurna.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir untuk bicara kes berhubung dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 03 APRIL 2019
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada hari keempat perbicaraan kes dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 17 APRIL 2019.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan keluar selepas selesai menghadiri hari ke-19 perbicaraan kes dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 28 MEI 2019.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada hari ke-24 perbicaraan kes dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 13 JUN 2019.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika hadir perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 08 JULAI 2019.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 22 JULAI 2019.

27 Ogos, 2019 – Pendakwaan menutup kesnya selepas 58 hari perbicaraan dan mendengar keterangan 57 saksi.

11 Nov 2019 – Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan terdapat unsur menggunakan kedudukan, pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika hadir bersama anaknya, Nooryana Najwa Najib (kiri) hadir bagi mendengar keputusan kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 NOVEMBER 2019.
3 Dis 2019 – Najib memberi keterangan membela diri di Mahkamah Tinggi sebagai saksi pertama pembelaan bagi menjawab pertuduhan terhadapnya.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama penyokong mengaminkan doa semasa hadir ke mahkamah bagi membela diri dalam kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd membabitkan penyewelengan dana berjumlah RM42 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 03 DISEMBER 2019
11 Mac 2020 – Selepas 19 saksi memberi keterangan sepanjang 33 hari, pembelaan menutup kesnya.
28 Julai 2020 – Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah ke atas semua tujuh pertuduhan.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyapa penyokongnya sewaktu selepas mendengar keputusan tuduhan pecah amanah pengubahan wang haram RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 28 JULAI 2020.
Reaksi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjalan keluar dari perkarangan mahkamah selepas selesai kes bagi tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 28 JULAI 2020.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bercakap pada sidang media selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atasnya sehingga rayuan didengar dan diputuskan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 28 JULAI 2020

19 Okt 2020 – Najib memfailkan petisyen rayuan yang mengandungi 307 alasan beliau sepatutnya dibebaskan daripada semua pertuduhan.

5 April 2021 – Rayuan terhadap sabitan dan hukuman bermula di Mahkamah Rayuan.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke mahkamah bagi mendengar rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 07 APRIL 2021.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke mahkamah bagi mendengar rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Istana Kehakiman, Putrajaya .Foto SYAFIQ AMBAK, 21 APRIL 2021.

18 Mei 2021 – Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusannya ke satu tarikh yang ditetapkan kelak selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak yang berlangsung selama 15 hari.

 

23 Nov 2021 – Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Dis untuk keputusan rayuan itu. Najib memfailkan permohonan supaya ditangguhkan keputusan rayuannya kerana perlu menjalani kuantin kendiri selama tujuh hari sehingga 12 Dis setelah kembali dari Singapura dan hanya boleh hadir di mahkamah atau perhimpunan awam mulai 13 Dis.
24 Nov 2021 – Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk menangguhkan tarikh keputusan rayuannya.
2 Dis 2021 – Najib Tun Razak memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan supaya membenarkan bukti baharu dikemukakan dalam rayuannya termasuk daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.
3 Dis 2021 – Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Dis untuk mendengar permohonan memasukkan bukti baharu.
7 Dis 2021 – Mahkamah menolak permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding permohonannya dan keputusan rayuan yang ditetapkan pada 8 Dis berikutan peguam pasukan pembelaan menjadi kontak kasual dengan individu yang disahkan positif COVID-19.
8 Dis 2021 – Keputusan rayuan Najib dijalankan secara dalam talian kerana Najib dan peguamnya menjalani kuarantin. Pada hari sama, Najib memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
7 Jan 2022 – Najib memohon Mahkamah Persekutuan mendengar rayuannya bagi mengemukakan bukti baharu dalam kes SRC terlebih dahulu.
2 Mac 2022 – Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk mengosongkan tarikh pendengaran rayuan kes itu susulan dakwaan terdapat bukti baharu dalam usaha beliau untuk mengetepikan sabitan dalam kes SRC International yang dijadualkan pada 15 dan 16 Mac.
16 Mac 2022 – Najib gagal buat kali kedua untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuan kes SRC.
25 April 2022 – Najib memfailkan petisyen rayuan dan mengemukakan 94 alasan mengapa beliau harus dibebaskan daripada pertuduhan dalam kes SRC International.
29 April 2022 – Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 hari pada Ogos untuk mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.funds.
31 Mei 2022 – Jonathan Laidlaw, Peguam Diraja dari United Kingdom memfailkan notis usul saman pemula bagi mewakili Najib dalam rayuan kes SRC International.
7 Jun 2022 – Najib memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti tambahan kepada Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan keseluruhan perbicaraan kes SRC International.
13 Jun 2022 – Pendakwaan memfailkan afidavit bagi membantah permohonan Laidlaw untuk mewakili Najib dalam rayuan kes SRC International.
16 Jun 2022 – Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menarik diri daripada mendengar permohonan Laidlaw untuk mewakili Najib.
27 Jun 2022 – Majlis Peguam memfailkan afidavit membantah permohonan Laidlaw untuk mewakili Najib dalam rayuan akhir SRC International.
21 Julai 2022 – Mahkamah Tinggi menolak permohonan Laidlaw untuk mewakili Najib dalam rayuan terakhir kes SRC International.
15 Ogos 2022 – Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan untuk meminda notis usul Najib bagi mengemukakan bukti baharu dalam rayuan terakhirnya dalam kes SRC International.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Persekutuan pada hari pertama prosiding rayuan akhir bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 15 OGOS 2022.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Persekutuan pada hari pertama prosiding rayuan akhir bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 15 OGOS 2022.

16 Ogos 2022 – Najib gagal dalam permohonannya untuk mengemukakan bukti baharu pada rayuan terakhir kes SRC International.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Persekutuan bagi menghadiri prosiding kes rayuan akhirnya berkaitan sabitan dan hukuman penjara penyewelengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 16 OGOS 2022.

16 Ogos 2022 – Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk menangguhkan pendengaran rayuan bagi kes SRC International dan menetapkan 18 Ogos untuk mendengar rayuan itu.

18 Ogos 2022 – Mahkamah Persekutuan mula mendengar rayuan terakhir Najib dalam kes SRC International.
18 Ogos 2022 – Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Hisyam untuk menarik diri daripada mewakili Najib Tun Razak dalam rayuan akhir.
19 Ogos 2022 – Pihak pendakwaan selesai mengemukakan hujahan dalam rayuan akhir Najib bagi kes penyelewengan dana SRC International di Mahkamah Persekutuan.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar selepas Mahkamah Persekutuan berhenti rehat pada prosiding pendengaran rayuan terakhir Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara ke atasnya bagi kesalahan penyewengan RM42 juta milik dana SRC Interantional Sdn Bhd di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 19 OGOS 2022.

23 Ogos, 2022 – Najib memohon supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhir kesnya membabitkan dana SRC International.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil sedikit masa untuk berjumpa dengan penyokongnya ketika hadir ke mahkamah pada prosiding kes rayuan akhir berkaitan sabitan dan hukuman penjara penyewelengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 23 OGOS 2022.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil sedikit masa untuk berjumpa dengan penyokongnya ketika hadir ke mahkamah pada prosiding kes rayuan akhir berkaitan sabitan dan hukuman penjara penyewelengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 23 OGOS 2022.
23 Ogos 2022 – Muhammad Shafee gagal menangguhkan hujahan bagi prosiding agar Ketua Hakim Negara menarik diri daripada mendengar rayuan Najib.
23 Ogos 2022 – Najib diiring pegawai penjara menaiki kenderaan SUV menuju ke Penjara Kajang bagi menjalani hari pertama hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan mahkamah menuju ke Penjara Kajang sebelum dibawa ke Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes SRC International di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 23 OGOS 2022.