Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar (kiri) melawat gerai jualan pada Majlis Pelancaran Karnival Usha Niaga Keluarga Malaysia di Odeon Walk, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 26 OGOS 2022.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri berkata, pembentangan bajet awal dari dijangka adalah perkara biasa.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi pun kerajaan pernah bentang belanjawan awal.

“Bentang Bajet 2023 adalah perkara biasa. Dulu zaman Pak Lah buat bulan September.

“Apa pun, tunggu Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar,” katanya ringkas ketika ditanya wartawan selepas merasmikan program Usaha Niaga Keluarga Malaysia di Odeon Walk di sini petang ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kenapa kerajaan akan membentangkan Bajet 2023 pada 7 Oktober ini dan ia lebih awal dari sebelumnya.

Beliau tiba kira-kira  pukul 4.30 petang di Odeon Walk disambut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Selepas mendengar ucapan aluan pengacara majlis mengenai program itu, Ismail Sabri menyaksikan tayangan multimedia dan turut menyampaikan zakat UDA berjumlah RM100,000 kepada empat usahawan asnaf.

Selesai majlis itu, beliau dibawa melawat lpameran usahawan UDA Usha Niaga Keluarga Malaysia. – Malaysia Gazette