REUTERS – Penyerang utama Real Madrid, Karim Benzema dinobatkan sebagai Pemain Terbaik UEFA manakala Carlo Ancelotti menerima anugerah jurulatih terbaik selepas berjaya membawa kelab gergasi Sepanyol itu menjulang Liga Juara-Juara ke-14 pada musim lalu.
Benzema menunjukkan prestasi terbaik, berjaya merobek gawang gol sebanyak 15 kali dalam pertandingan bolasepak terbesar itu.
Los Blancos kemudian menjulang trofi untuk kali kelima dalam kariernya selepas pasukan Sepanyol itu menewaskan Liverpool pada perlawanan akhir.
Ancelotti juga tidak kurang hebatnya, menjadi jurulatih pertama memenangi trofi kelab paling berprestij Eropah empat kali.
Sebelum ini, Ancelotti pertama kali memenangi gelaran itu bersama kelab liga Itali, AC Milan pada 2003 dan 2007 sebelum menuntutnya bersama Real pada 2014.
Ancelotti berkata, keghairahannya terhadap sukan itu dan kualiti pemainnya menjadi percikan semarak untuk beliau memburu menjadi jurulatih paling berjaya dalam pertandingan itu.
“Musim lalu terdapat hubungan yang hebat antara veteran dan pemain muda, terdapat persefahaman yang hebat dengan penyokong yang membantu kami mencapai pencapaian yang sukar dipercayai.” katanya.
“Karim bukan sahaja penyerang hebat dan penjaring terbanyak, dia juga pemain bola sepak yang hebat, disokong oleh sikap positif hari demi hari”
“Berbanding tahun lalu, tahun ini dia (Karim) tingkatkan pengetahuannya, dia arif tentang bola sepak, cara menguruskan permainan dan dia seorang pemimpin yang kuat dalam bilik persalinan dan kawan baik saya. Kami bertuah kerana mempunyai Karim.” katanya mengenai pemain kelahiran Perancis itu.
Hala Madrid!
(https://www.reuters.com/lifestyle/sports/reals-benzema-named-uefa-player-year-ancelotti-wins-coachs-award-2022-08-25/)