Solidariti buat pemain Sarawak United yang tidak dibayar gaji empat bulan.

KUALA LUMPUR – Pemain Sarawak United, Boris mengakui yang dirinya boleh sahaja meninggalkan Sarawak United tetapi dia tetap mahu bersama rakan walaupun kelab itu berdepan krisis kewangan.

Pendedahan itu dibuat di Facebook miliknya apabila menceritakan bagaimana dia memilih jalan sukar untuk terus bersama pasukan.

“Situasi untuk semua orang di sini amat sukar. Tiada duit untuk bayar duit rumah, untuk beli makanan, untuk bergerak dengan kereta dan untuk jaga keluarga kami.

“Semua orang menderita dengan teruk tetapi kami tak pernah cakap dengan media kerana kami terlalu sayangkan Sarawak United. Kami tak mahu salahkan mereka kerana kami amat hormat pada mereka,” tulis.

Baru-baru ini, tular apabila pengurusan Sarawak United sekali lagi tidak membayar gaji pemain selama empat bulan.

Kok juga mendedahkan yang beliau boleh menamatkan kontraknya dengan Sarawak selepas tiga bulan tidak mendapat gaji dan kembali kepada kelab asalnya iaitu Phnom Penh Crown.

Tetapi beliau tidak berbuat demikian kerana hormatkan penyokong Sarawak.

“Situasi saya berbeza kerana pihak kelab memberikan saya cuti dua minggu pada Julai untuk pulang ke Perancis berkenaan kelahiran anak lelaki saya.

“Pihak pengurusan berbincang dengan saya dan saya berikan peluang kepada kelab kerana menghormati penyokong Sarawak,” jelas Kok.

Menurut Kok, pihak kelab telah berjanji akan menyelesaikan isu gaji tertunggak dalam masa dua minggu lagi.

“Namun adakah ianya akan dilunaskan? Itu tidak pasti.

“Walaupun ianya tampak samar, tapi biarlah ianya diselesaikan jua dengan sebaiknya. Selepas itu, pihak yang sepatutnya haruslah lebih bertanggungjawab dalam melakukan tugas.

“Jika tidak mampu, berundurlah kerana itu mungkin yang lebih baik,” tulisnya lagi. – MalaysiaGazette