Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

PUTRAJAYA – Tidak mustahil berlaku pertembungan satu lawan satu antara gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) adalah tidak mustahil berlaku.

Naib Presiden Pas, Datuk Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata. ia wajar dilakukan tatkala Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar pintu rundingan pembangkang dengan gabungan itu dibuka semula.

“Apa juga possible (kemungkinan), samada satu lawan satu atau tiga penjuru pun possible juga.

“Kita akan tengok macam mana cara yang terbaik,” katanya kepada media selepas menghadiri sesi penyerahan sumbangan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini , hari ini.

Ahmad Samsuri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Muhyiddin dalam Konvensyen PN yang menggesa agar semua kepimpinan pembangkang mempertimbangkan untuk membuka semula pintu rundingan dengan gabungan itu untuk menghalang Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, Pas akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai saranan Muhyiddin pada Sabtu lalu.

Katanya, perbincangan mengenai kenyataan Muhyiddin itu akan dibawa ke meja rundingan kepimpinan parti.

“Tidak ada komen lagi tapi kita nak dengar detail apa yang dimaksudkan oleh Muhyiddin dan lepas itu kita akan bincang tengok macam mana.

Pada konvensyen sama, Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, dalam ucapan penggulungannya menggesa gabungan itu memilih untuk bekerjasama dengan BN atau PH bagi memastikan kejayaan dalam PRU15.

Ketua Pemuda Pas itu berkata, PN wajar berunding dengan UMNO dan BN, dengan syarat berlaku ‘perubahan’ dalam UMNO. – MalaysiaGazette

Tiada kerjasama dengan PN, noktah – Rafizi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast