Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said masih lagi menjadi Penasihat Khas Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri.

Sumber yang dekat dengan Ahli Parlimen UMNO itu menafikan Azalina meletakkan jawatan tersebut seperti yang ditularkan di media sosial hari ini.

“Sehingga kini YB Datuk Seri masih lagi penasihat khas Perdana Menteri,” katanya dalam pesanan ringkas melalui WhatApps kepada MalaysiaGazette.

Sebelum itu tular di Twitter kononnya Azalina telah meletakkan jawatan berkenaan.

Azalina dilantik ke jawatan tersebut pada 2 Oktober 2021 dan telah menerima surat pelantikan itu daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau dilantik ke jawatan tersebut selepas meletak jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos 2021 atas beberapa alasan.

Azalina pada Sabtu lalu menyampaikan ucapan yang penuh semangat berkaitan pelantikan Peguam Negara.

Menurut beliau pelantikan Peguam Negara (AG) adalah atas nasihat Perdana Menteri maka dia harus melantik ‘orang dia’ untuk mudahkan segala urusan, kata Azalina yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Berucap pada majlis Taklimat Khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka WTC Kuala Lumpur, Azalina berkata bahawa sesiapa sahaja yang menjadi perdana menteri perlu melantik daripada “orang dia “untuk memudahkan urusan.

“Pelantikan peguam negara adalah atas nasihat PM dan PM harus melantik ‘orang dia’ sebagai peguam negara untuk mudahkan segala urusan.

“Jika kuasa penukarkan AG di tangan PM, mengapa PM tidak menukarkan AG, malah ia adalah bidang kuasa PM.

“Saya nak tanya satu sahaja, takkan nak tukar AG pun tak boleh,” katanya bersambut sorakan kuat daripada para hadirin.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Patut PM lantik DS Azalina sbg peguam negara..PM pun tak percaya dgn nasihat AG skrg…tu sebab dia lantik DS Azalina sbg penasihat

  2. Kontrak jual air mentah murah kepada Singapore sepatutnya terbatal apabila Singapore bukan lagi sebahagian Malaysia macam waris Sultan Sulu bukan lagi berdaulat mahupun memiliki Sulu dan Sabah apabila terbentuknya Filipina adalah republik tiada sultan lagi. So, bekas Singapore dan bekas sultan tiada kedaulatan lagi. Lain dahulu lain parang, lain dahulu lain sekarang.

Comments are closed.