Kura-kura Galapagos . Foto Twitter

QUITO – Ecuador melancarkan siasatan ke atas pembunuhan empat kura-kura gergasi Galapagos, yang dikhuatiri diburu dan dimakan.

Sisa-sisa reptilia ditemui di Taman Negara di Isabela, pulau terbesar di kepulauan Galapagos.

Membunuh haiwan terancam itu telah diharamkan sejak 1933 tetapi lebih daripada sedozen reptilia ini telah diburu sejak dua tahun lepas.

Daging kura-kura pernah dianggap sebagai makanan istimewa, tetapi mereka yang memburunya kini berdepan hukuman penjara tiga tahun.

Pada September 2021, renjer taman menemui 15 bangkai kura-kura gergasi Sierra Negra di Isabela.

Gambar peluru kosong yang mereka kongsi secara meluas di media sosial mencetuskan kemarahan di Ecuador.

Bukti yang dikumpul pada masa itu mencadangkan 15 kura-kura itu telah diburu untuk dagingnya.

Penemuan bangkai empat lagi haiwan itu baru-baru ini telah mencetuskan kebimbangan.

Kura-kura gergasi Galapagos mempunyai jangka hayat lebih daripada 100 tahun dan sinonim dengan Charles Darwin, yang mempelopori teori evolusi dalam kajiannya.

Kapal yang dinaiki Darwin, The Beagle, membawa 30 kura-kura hidup dalam pelayaran dari Galapagos ke Polinesia.

Kebanyakannya dimakan oleh anak kapal.

Pada masa ini terdapat kira-kira 15,000 kura-kura gergasi di dunia, berbanding 200,000 pada abad ke-19. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast