Umar Harith Mohd Norhaizul Azywan, 4 kelihatan ceria menggayakan busana tanjak jalur gemilang sempena Bulan Kebangsaan Ke-65 yang disambut seluruh rakyat Malaysia di Bazaar Rakyat PKPS, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 30 0G0S 2022.

Jika dahulu pemakaian tanjak atau tengkolok dianggap sebagai pelengkap busana si jejaka, namun kini aksesori tersebut sudah menjadi satu fenomena atau trend yang digemari ramai.

Justeru bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-65, tanjak dengan corak Jalur Gemilang pasti menjadi pilihan ramai sekali gus membuka pintu rezeki buat tukang jahit.

Berkongsi pengalaman, Amirah Nabilah Mohd Amrani, 31, berkata, dia menceburkan diri dalam bidang jahitan dan membuka sebuah kedai sejak tahun 2014 sebelum mula mengambil tempahan busana-busana Merdeka bermula 2015.

Jelas Amirah, pada awalnya dia hanya belajar menghasilkan aksesori tersebut menerusi platform YouTube sebelum mengikuti kelas pembuatan tanjak.

“Walaupun sebelum ini negara dilanda pandemik Covid-19, jualan tanjak kami masih menerima sambutan yang baik apabila laris terjual kira-kira 5,000 tanjak.

“Manakala sepanjang bulan Ogos ini pula kami sudah jual sebanyak 420 tanjak bertemakan Jalur Gemilang bersempena sambutan bulan kemerdekaan,” katanya.

Tambah Amirah, tanjak yang dihasilkan olehnya boleh didapati di kedainya, Mierabella Enterprise yang terletak di Bazaar Rakyat PKPS, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan atau dibeli secara atas talian.

Amirah berkata, selain Malaysia, tanjaknya turut mempunyai peminat di serata dunia seperti di Brunei, Singapura, Indonesia, Arab Saudi dan Australia.

Menurutnya, bagi tanjak kosong ia dijual pada harga RM30 manakala tanjak yang diperbuat daripada kain songket dijual dengan harga RM60.

Sementara itu, katanya, tanjak yang bermotifkan Jalur Gemilang pula dijual pada harga antara RM40 hingga RM45 bergantung kepada saiz lelaki dewasa atau kanak-kanak.

Pemilik Butik Mierabella, Amirah Nabilah Mohd Amrani, 31, menyiapkan tanjak jalur gemilang ditempah pelanggannya sempena Bulan Kebangsaan Ke-65 yang disambut seluruh rakyat Malaysia di Bazaar Rakyat PKPS, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 30 0G0S 2022.

Pemilik Butik Mierabella, Amirah Nabilah Mohd Amrani, 31, membuat persiapan tanjak jalur gemilang ditempah pelanggannya sempena Bulan Kebangsaan Ke-65 yang disambut seluruh rakyat Malaysia di Bazaar Rakyat PKPS, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 30 0G0S 2022.
Pemilik Butik Mierabella, Amirah Nabilah Mohd Amrani, 31, mencuba selepas menyiapkan tanjak jalur gemilang ditempah pelanggannya sempena Bulan Kebangsaan Ke-65 yang disambut seluruh rakyat Malaysia di Bazaar Rakyat PKPS, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 30 0G0S 2022.
Di antara koleksi tanjak ditempah oleh pelanggan yang disiapkan Amirah Nabilah Mohd Amrani, 31 yang juga pemilik Butik Mierabella di Bazaar Rakyat PKPS, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 30 0G0S 2022.
Pemilik Butik Mierabella, Amirah Nabilah Mohd Amrani, 31, mengira tanjak jalur gemilang ditempah pelanggannya sempena Bulan Kebangsaan Ke-65 yang disambut seluruh rakyat Malaysia di Bazaar Rakyat PKPS, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 30 0G0S 2022.
Pemilik Butik Mierabella, Amirah Nabilah Mohd Amrani, 31, menyiapkan bungkusan tanjak jalur gemilang ditempah pelanggannya sempena Bulan Kebangsaan Ke-65 yang disambut seluruh rakyat Malaysia di Bazaar Rakyat PKPS, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 30 0G0S 2022.
Pemilik Butik Mierabella, Amirah Nabilah Mohd Amrani, 31 bersama anaknya Umar Harith Mohd Norhaizul Azywan, 4 mempersiapkan untuk menggayakan busana tanjak jalur gemilang sempena Bulan Kebangsaan Ke-65 yang disambut seluruh rakyat Malaysia di Bazaar Rakyat PKPS, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 30 0G0S 2022.