Secretary-General of DAP, Lim Guan Eng. chopsticks Chinese Malaysian Mahathir Mohamad
Lim Guan Eng.

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng bimbang dividen tambahan sebanyak RM25 bilion oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kepada kerajaan pada tahun ini akan dijoli untuk kepentingan politik, bukannya kepentingan rakyat.

Pengerusi DAP itu berkata, rakyat perlu mengambil kembali semangat Merdeka daripada ahli politik yang tidak bertanggungjawab dan memastikan akauntabiliti penuh terhadap penggunaan dan perbelanjaan bayaran RM50 bilion daripada Petronas.

Semalam, Petronas mengumumkan dividen tambahan sebanyak RM25 bilion, menjadikan angka keseluruhan pembayaran dividen kepada kerajaan berjumlah RM50 bilion tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, pembayaran dividen yang akan dibuat pada akhir 2022 dan ia adalah pembayaran kedua tertinggi selepas RM54 bilion termasuk RM30 bilion dividen khas yang dibayar pada 2019.

Beliau berkata, pembayaran tambahan juga bergantung kepada garis panduan obligasi yang dilaksanakan membabitkan peruntukan modal bagi memastikan perniagaan PETRONAS berjalan seperti biasa dan mengambil kira keperluan syarikat untuk terus berkembang.

Dalam kenyataan itu, Guan Eng turut berkata, pilihan raya umum tidak sepatutnya diadakan tahun ini untuk mengelak menjadikan pembentangan Belanjawan 2023 sebagai Belanjawan Pilihan Raya, yang direka terutamanya bukan untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara.

Sebaliknya untuk meningkatkan prospek kemenangan pilihan raya bagi Perdana Menteri dan Barisan Nasional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Dewan Rakyat akan mula bersidang pada 3 Oktober ini, dengan Belanjawan 2023 dibentangkan pada 7 Oktober 2022, tiga minggu lebih awal daripada jadual asal.

Bagaimanapun, katanya, perubahan tarikh itu tiada kaitan dengan PRU15 yang dikatakan akan diadakan pada tahun ini. – MalaysiaGazette