Paip utama saluran gas dari Rusia ke Eropah. Foto Anadolu Agency

MOSCOW – Rusia telah menghentikan sepenuhnya bekalan gas ke Eropah melalui saluran paip utama, dengan mengatakan kerja-kerja pembaikan perlu dilakukan.

Syarikat minyak gergasi Rusia, Gazprom berkata, sekatan pada saluran paip Nord Stream 1 akan dibuat selama tiga hari akan datang.

Rusia telah mengurangkan eksport gas dengan ketara melalui saluran paip dan menafikan tuduhan telah menggunakan bekalan tenaga sebagai senjata perang terhadap negara Barat.

Saluran paip Nord Stream 1 sepanjang 1,200km (745 batu) di bawah Laut Baltik dari pantai Rusia berhampiran St Petersburg ke timur laut Jerman.

Ia dibuka pada 2011 dan boleh menghantar maksimum 170 juta meter padu gas setiap hari dari Rusia ke Jerman.

Saluran paip telah ditutup selama 10 hari pada bulan Julai – juga untuk kerja-kerja pembaikan, menurut Rusia dan baru-baru ini ia beroperasi pada kapasiti hanya 20% selepas mendakwa berlaku kerosakan pada peralatan.

Presiden Pengawal Selia Rangkaian Jerman berkata, negara itu akan dapat mengatasinya jika Rusia meneruskan penghantaran dalam beberapa hari akan datang.

“Saya mengandaikan bahawa kita akan dapat mengatasinya. Saya percaya bahawa Rusia akan kembali kepada 20% pada hari Sabtu, tetapi tiada siapa yang boleh menjangkakan,” kata Klaus Mueller.

Pemimpin Eropah bimbang Rusia menaikkan harga gas, yang telah meningkat secara mendadak pada tahun lalu.

Bagaimanapun, pengumuman hari ini tidak dijangka memberi kesan kepada harga serta-merta.

Harga gas asli utama United Kingdom sebenarnya turun lebih daripada 15% di pasaran, setakat 14:00 BST pada hari Rabu. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast