Foto Twitter Hasni Mohammad.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), berkuat kuasa 15 Ogos lalu.

Pelantikan Hasni, 63, adalah untuk tempoh dua tahun hingga 14 Ogos 2024.

“Tugas baharu pada peringkat Persekutuan. Insya-Allah, saya akan lakukan yang terbaik untuk Malaysia.

“Saya bersedia untuk menyumbang kepada negara dalam apa jua kapasiti,” katanya melalui Twitter, hari ini.

Dalam ciapan itu, Hasni yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor turut menyertakan rakaman gambar beliau bersama Ketua Pengarah LLM, Datuk Mohd Shuhaimi Hassan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast