Majlis persandingan Datuk Dr Mohd Nazri Khan dan isteri baharu menjadi tumpuan dia media sosial.

KUALA LUMPUR – Majlis persandingan pakar pelaburan saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan yang popular dengan panggilan DDNK dan pasangannya Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari tular di media sosial dan menjadi perhatian netizen.

Majlis yang turut dihadiri ramai artis popular dan dihiburkan  penyanyi terkenal, Ziana Zain menjadi perdebatan apabila bekas isterinya tampil memberi kenyataan selepas melayari bahtera rumah tangga selama 20 tahun.

Bekas isterinya memuat naik hantaran dengan mengucapkan tahniah diatas perkawinan Mohd Nazri dan pasangannya yang dikatakan bernikah di Thailand.

Dalam pada itu, Tuan Nor Ernie Rossmerie telah menafikan dakwaan dia menerima lelaki dengan jarak usia 22 tahun sebagai suami kerana harta.

Dia yang masih belajar di Management & Science University memberitahu pada awal perkenalan dia tidak mengenali DDNK sebagai pakar pelaburan.

Erra Fazira dan anaknya, Engku Aleesya turut hadir pada majlis persandingan DDNK.

Walaupun sedar ada yang menuduhnya sebagai mata duitan namun dia menyatakan kesungguhan suaminya itu membuatkan dia jatuh hati walaupun telah beberapa kali ditolak.

“Orang akan cakap saya dekat dengan dia sebab dia sudah stabil, tapi tak, bukan sebab dia popular, bukan sebab tagline dia. Tapi kerana dia tak berputus asa sampai sanggup berjumpa dengan orang tua saya dan pandai ambil hati saya.

“Saya tolak dia pun tak putus asa, jadi lama-kelamaan saya terima dia. Tipikal komen netizen, kata saya pilih sebab duit, saya dah sedia. Sebenarnya sejak mula berkawan lagi pun sudah ada orang bercakap-cakap.

“Orang kata saya mata duitan, nak yang sudah semua siap. Tapi lama kelamaan kawan-kawan saya mulai menerima hubungan kami tapi paling penting rakan-rakan baik saya yang sentiasa menyokong pilihan saya,” katanya selepas majlis itu berakhir.

Bagi Nazri pula, dia sama sekali tidak kekok untuk bergaul dengan isterinya walaupun jarak usia mereka terlalu jauh.

Tambahnya, dalam temu bual bersama majalah Pesona Pengantin, sikap manja wanita tersebut membuatkannya semakin jatuh hati.

“Isteri sangat manja, dia pelajar, dengar cakap dan mudah dibentuk. Jadi saya rasa macam ada satu pengecualian dalam hidup saya sebagai orang korporat. Apabila jumpa dia, kami tak bincang mengenai dunia korporat. Jadi, ia lain daripada kehidupan saya.

“Pada mula saya tengok dia, saya suka dia sebab kelembutan dimiliki dan dia manja. Kami macam ada keserasian terus dan tak rasa saya ni macam orang tua. Bagi saya, beza umur ni tak ada masalah dari awal berkenalan,” ujarnya.

Ziana Zain menghiburkan tetamu pada majlis persandingan DDNK.

 

Nazri memberitahu dia dan bekas isterinya sudah berpisah sejak setahun lalu dan proses perpisahan secara rasmi disahkan sebulan lalu.

Beliau juga menjelaskan hanya mula mengenali isteri baharunya pada September lalu dan menjadi serius awal tahun ini.

Nazri sebelum ini sering menjadi pilihan stesen televisyen dan media seperti TV3, Astro Awani, Bloomberg, CNBC, The Edge dan juga Berita Harian, untuk memberi ulasan dan pandangan berkenaan pasaran saham dan juga isu-isu berkaitan ekonomi.

Penglibatannya dalam dunia pasaran saham di Malaysia telah banyak menukar sudut pandangan orang ramai terhadap saham.

Malah Nazri juga popular dengan slogan Tak Hensem Takpa Janji Kaya menerusi iklan di radio dalam kalangan rakyat Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast