Sebuah muzik video lama yang memaparkan Sajjad berpakaian baju Melayu tular di media sosial.

KUALA LUMPUR – Sebuah video muzik lama berjudul Kekasih Pujaan yang dinyanyikan oleh Datuk Sharifah Aini kini tular dan mencuri perhatian netizen kerana didakwa memaparkan  usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Ini kerana video tersebut memaparkan sisi lain usahawan ‘wanita’ itu yang kini sudah menetap di Australia itu.

Sajjad dilihat mengenakan persalinan baju Melayu dan lengkap bersongkok bersama penari lain yang membintangi klip video tersebut.

Penularan video lama itu membuat ramai meluahkan terkejut  melihat individu dikatakan Sajjad memakai baju Melayu dan masih belum ‘berhijrah’ ke dunianya sekarang.

Tidak kurang juga ada yang memuji penampilan sebenar Sajat yang kelihatan kacak berbaju Melayu.

Dalam masa sama, terdapat netizen yang bertanya kepada Sajjad bagi mengetahui kebenaran sebenar individu dalam video berkenaan.

Namun dia terus menamatkan sesi live aplikasi TikTok sekaligus gagal memastikan dipastikan sama individu dalam klip video tersebut adalah Sajjad yang sebenar atau sebaliknya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast