Htet Htet Khine. Foto: Justice For Myanmar

NAYPYIDAW – seorang penyampai televisyen bebas yang bekerja untuk BBC dijatuhi hukuman kerja berat selama tiga tahun di Myanmar.

Htet Htet Khine, penyampai program yang diterbitkan oleh BBC Media Action untuk penonton tempatan, telah ditangkap pada Ogos 2021.

Ramai wartawan dan aktivis telah dipenjarakan sejak tentera merampas kuasa pada Februari 2021.

Pengarah program BBC Media Action berkata, hukuman yang dikenakan ke atas Htet. membimbangkan.

“Penahanan ke atas kakitangan media di negara ini, bertentangan dengan prinsip asas hak asasi manusia dan kebebasan bersuara,” kata Richard Lace.

Pihak berkuasa mendakwa, laporan Htet merupakan hasutan dan pertuduhan itu disifatkan tidak adil oleh keluarganya.

Htet dilaporkan mempunyai akses terhad dengan keluarga dan wakil undang-undang sejak penahanannya, kata BBC Media Action.

Sejak rampasan kuasa itu, 12 saluran media telah ditutup secara paksa dan 142 wartawan ditangkap, menurut laman web bebas Myanmar Now.

Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik (AAPP), yang mengekalkan jumlah mereka yang terbunuh, dipenjarakan atau ditahan oleh tentera, mengatakan lebih 14,000 orang telah ditangkap, dengan dianggarkan 2,114 dibunuh oleh pasukan tentera. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast