LONDON – Pemain Arsenal iaitu Ethan Nwaneri merupakan pemain paling muda pernah beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam sejarah.
Dia yang merupakan pelatih Akademi Arsenal baru berusia 15 tahun dan 180 hari diturunkan oleh pengurus, Mikel Arteta ketika menentang Brentford, semalam.
Lebih menarik, dia belum lahir ketika Arsenal berpindah dari Stadium Highbury ke Emirates.
Nwaneri mengatasi rekod Harvey Elliott sebagai pemain termuda liga itu ketika dia tampil untuk Fulham pada usia 16 tahun.
Meninggalkan Manchester City serta Tottenham Hotspur di tangga kedua dan ketiga yang berkongsi 17 mata.
Kecederaan kapten Martin Odegaard dan Oleksandr Zinchenko tidak menjejaskan perancangan pengendali, Arteta untuk meraih kemenangan. – MalaysiaGazette