Dua buah bot penangkapan ikan peralatan navigasi, peralatan komunikasi dan hasilan laut (sotong) bernilai sebanyak RM 300,000 semasa Program Pemantauan Vesel Penangkapan Ikan Asing Zon Timur Siri 1, di Kuantan, Pahang.

KUANTAN – Dua buah bot Vietnam bersama 12 orang nelayan asing  antara yang ditahan menerusi empat hari Program Pemantauan Vesel Penangkapan Ikan Asing Zon Timur Siri 1.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Jabatan Perikanan Malaysia, Wan Muhammad Adnan Abdullah berkata, kesemua ditahan di kedudukan 40,3 batu nautika dari Kuala Kuantan, Pahang.

Kesemua mereka berumur di antara 16 hingga 59 tahun.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Jabatan Perikanan Malaysia, Wan Muhammad Adnan AbdullahBerdasarkan pemeriksaan awal pihaknya mendapati aktiviti haram itu baru sahaja dua hari memasuki perairan Malaysia dan melakukan aktiviti mengail menggunakan candat sotong.

“Hasil daripada rondaan yang dilakukan satu tangkapan telah berjaya dilakukan pada pukul 9 pagi semalam di kedudukan 40,3 batu nautika dari Kuala Kuantan.

“Pihak penguasaan menyita dua buah bot penangkapan ikan peralatan navigasi, peralatan komunikasi dan hasilan laut (sotong) yang mempunyai anggaran nilai sebanyak RM300,000,” katanya ketika sidang media hari ini.

Peralatan navigasi, peralatan komunikasi antara yang dirampas setelah pemeriksaan dilakukan

Wan Muhammad berkata, kesemua ditahan dan dituduh melakukan kesalahan memasuki perairan Malaysia dan melakukan penangkapan ikan di perairan Malaysia yang berkaitan dengan Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan Malaysia 1985 dan Seksyen 16 (3) Akta Perikanan Malaysia 1985 (Akta 317).

Dua buah vesel Vietnam bersama 12 orang nelayan asing berumur di antara 16 hingga 59 tahun antara yang ditahan menerusi Program Pemantauan Vesel Penangkapan Ikan Asing Zon Timur Siri 1 pada Rabu

“Kesemua Orang Yang Kena Tuduh (OKT) direman dan dihadapkan ke mahkamah bagi pertuduhan atas kesalahan yang telah dilakukan.

“Jabatan Perikanan Malaysia memandang serius isu dan kesalahan yang melibatkan pencerobohan kedaulatan perairan dan melakukan kerosakan kepada sumber perikanan negara,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast