Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) mendakwa banyak masalah berlaku dalam sistem pendidikan negara yang masih gagal diselesaikan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Antara isu utama adalah pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang beralih kepada Pentaskiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD).

Selain itu, guru-guru terus dibebani tugas bukan mengajar yang semakin bertambah dan isu itu masih belum diatasi oleh pihak KPM sedangkan ia sering dibangkitkan oleh guru-guru.

Isu berkenaan wajar diselesaikan segera memandangkan tekanan yang dihadapi oleh guru-guru boleh melemahkan prestasi mereka ketika mengajar.

JKPPH dalam satu kenyataan bersama berkata, sehingga hari ini arah tuju yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih kabur hingga  merencatkan proses pendidikan di sekolah serta melemahkan motivasi murid.
.
“JKPPH telah mendengar dan meneliti ucapan Menteri Kanan Pendidikan di dalam acara Wadah Asprirasi Menteri Kanan Pendidikan pada 23 September 2022. Sambil menekuni dua usaha iaitu menambah pengambilan guru dengan skala besar dan mempermudahkan urusan pertukaran guru dalam sistem sedia ada, ia dilihat sebagai pencapaian membanggakan yang telah dilakukan oleh Menteri Kanan Pendidikan dan pasukannya.

“Sedangkan KPPH beranggapan ada banyak masalah utama yang berlaku dalam sistem pendidikan gagal diselesaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan,” demikian menurut kenyataan itu.

JKPPH berkata,  semua murid layak dan harus mendapat pendidikan yang sewajarnya adalah agenda utamanya.

Namun, KPM masih tiada sebarang perancangan besar untuk mengatasi keciciran murid dalam pendidikan,” ujarnya.

Justeru, JKPPH beranggapan Menteri Kanan Pendidikan gagal menyelesaikan kepincangan besar yang berlaku dalam pendidikan sedangkan hampir kesemua masalah yang dibangkitkan oleh JKPPH cuba diselesaikan oleh menteri dan timbpada 2018alan menteri pendidikan ketika Pakatan Harapan mentadbir negara – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast