Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada pasaran tunai.

Bagi minggu baru berakhir, bank pusat tersebut menjalankan operasi harian untuk mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan dengan melaksanakan tender-tender pasaran wang konvensional, tender repo berbalik, tender Qard dan Program Komoditi Murabahah.

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu tersebut meningkat kepada RM39.22 bilion daripada RM37.48 bilion pada minggu sebelumnya, manakala dalam sistem Islam, ia merosot kepada RM26.12 bilion daripada RM28.65 bilion, sebelum ini.

Purata kadar semalaman Islam kekal tidak berubah pada 1.72 peratus manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing pada 1.78 peratus, 1.82 peratus dan 1.85 peratus. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast