Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Pengerusi Institusi Darul Ehsan Dr. Mohammad Redzuan Othman (kanan) ketika melancarkan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran The Script ‘For A Better Malaysia’ di Hotel Dorsett Grand Subang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 02 OKTOBER 2022.

SUBANG – UMNO tidak boleh memaksa supaya mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada tahun ini kerana parti itu hanya memiliki 38 kerusi Parlimen.

Sebaliknya, keputusan untuk mengadakan pilihan raya itu terletak ditangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, dalam Perlembagaan, parti yang hanya memilki 38 ahli Parlimen tidak boleh membuat sebarang keputusan berkaitan pilihan raya.

“UMNO ada 38 kerusi, dalam sistem kita, 38 ahli Parlimen tidak boleh memaksa keputusan. Keputusan itu harus dibuat dengan sewenangnya oleh perdana menteri, sekiranya perdana menteri itu punyai kekuatan, bertindak dengan waras sebagai perdana menteri,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan supaya PRU15 diadakan pada tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang memberitahu, susulan keputusan itu, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan mesyuarat itu adalah berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19,selepas runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) ekoran persengketaan dalaman politik sesama mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Apa yg ko merepek ni bahlol…PM tu bukannya Naib Presiden PKR…atau Setiausaha Agong DAP…dia adalah Naib Presiden UMNO…kalau ahli tak nak akur dgn arahan parti..blh keluar dan masuk PKR…lepas tu blh lah dgr arahan Nuar Juburi ni

Comments are closed.