Seorang kru bot nelayan tempatan yang dilaporkan jatuh laut di perairan Pulau Sibu semalam ditemui selamat sekitar jam 10.30 pagi tadi.

MERSING- Seorang kru bot nelayan tempatan yang terjatuh di perairan Pulau Sibu semalam ditemui selamat sekitar jam 10.30 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, mangsa  ditemui oleh bot Perikanan PL 87  sedang berpaut pada tong minyak plastik berwarna biru padakedudukan lebih kurang 10 batu nautika selatan Pulau Sibu, Mersing sekitar jam 10.30 pagi.

”Mangsa telah dibawa ke Jeti Zon Maritim tanjung Sedeli untuk rawatan dan tindakan lanjut.

”Mangsa dipercayai jatuh dan hanyut sejauh 9.3 batu nautika dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Terdahulu katanya, Maritim menerima aduan dari Pejabat Polis Daerah Mersing yang dibuat oleh pemilik bot nelayan terbabit, Kuek Ho Hwa dan operasi diaktifkan jam 11.50 malam.

”Mangsa, Catur, 40 tahun, warga Indonesia, kali terakhir dilihat di atas bot nelayan hanya memakai seluar hijau sebelum jatuh laut di kedudukan 5.3 batu nautika Pulau Sibu Hujung, Mersing pada jam lebih kurang 8 malam semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast