Para pemenang Kejohanan Badminton Antara Institusi Kewangan.

KUALA LUMPUR – Maybank muncul sebagai juara Kejohanan Badminton Antara Institusi Kewangan CTOS 2022 yang membawa pulang trofi Cabaran Piala Perdana dan hadiah wang tunai RM5,000.

Ini adalah salah satu kejohanan badminton tempatan tahunan terbesar sektor kewangan yang menyaksikan 24 pasukan bertanding tahun ini, dua kali ganda jumlah yang menyertai kejohanan sulung pada tahun 2017.

Kejohanan Badminton Antara Institusi Kewangan CTOS kali keempat ini berlangsung pada 1 dan 2 Oktober 2022, dirasmikan oleh Eric Chin, Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Data Systems Sdn Bhd.

Setiap pasukan bertanding dalam perseorangan lelaki, beregu wanita, beregu lelaki, beregu campuran dan beregu veteran lelaki.

Pasukan yang berada di tempat pertama dan kedua dalam peringkat kumpulan telah dinaikkan ke Piala Perdana manakala pasukan yang selebihnya terus bersaing dalam Piala Plate.

Pada peringkat akhir, Vincent Phuah dan Cassie Choong dari Maybank telah berjaya mengatasi Muhammad Firdaus Zainudin dan Linitha A/P Sambenthan dari CIMB dalam acara Beregu Campuran dengan mata (21-5, 21-14).

CIMB kembali dalam acara beregu lelaki dengan Chan Junn Lym dan Lee Jie Jin menewaskan Mohd Shahruddin Mukalim dan Jimmy Tan dari Maybank (21-12 21-12).

Kira-kira 300 peserta menyertai Kejohanan Badminton Antara Institusi Kewangan CTOS 2023 yang diadakan baru-baru iniMewakili Maybank dalam acara beregu veteran lelaki, Wong Thien Mun dan Yap Kim Heng telah muncul sebagai pemenang dalam menentang pemain CIMB Mohd Azhany Roslan dan Zulkeflee Che Mohamad (21-18, 21-14).

Bagi beregu wanita pula, Natrah Mazli dan Norhasikin Md Amin dari Maybank sekali lagi telah mengalahkan Nooraziah Nordin dan Yap Wei Yin dari CIMB (21-7, 21-7), sekali gus menobatkan Maybank sebagai juara Kejohanan Badminton Antara Institusi Kewangan CTOS 2022.

Bagi tempat kedua, CIMB membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM3,000.

Di tempat ketiga dan keempat, pasukan Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan RM1,000.

Dalam Piala Plate, Bank Muamalat mengatasi HSBC untuk merebut gelaran dan hadiah wang tunai RM800 manakala pasukan HSBC membawa pulang hadiah berjumlah RM500.

Pasukan-pasukan yang telah menyertai Kejohanan Badminton Antara Institusi Kewangan pada tahun ini ialah, AEON Credit, Agro Bank, Alliance Bank, Allianz Malaysia, Bangkok Bank, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, BNM, Bursa, CIMB, Citibank, Co-op Bank Pertama, CTOS, Deutsche Bank, HSBC, KFH, Lonpac Insurance Berhad, Maybank, MBSB, MOF, SCB, Tune Protect dan UOB.

Kejohanan tahun ini telah dijayakan oleh penaja peralatan rasmi MAXX Sports, penaja sokongan The Malaysian Insurance Institute dan telah diluluskan oleh Persatuan Badminton Selangor. – MalaysiaGazette