KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan permohonan seorang ahli perniagaan yang mempersoalkan kesahihan dua peruntukan di bawah undang-undang pengubahan wang haram di negara ini.

Ketika membacakan permohonan itu, kata Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berpendapat petisyen pemohon, Wong Shee Kai tidak memenuhi keperluan undang-undang untuk didengar di mahkamah pada masa ini.

Malah katanya, cabaran perlembagaan kes ini mesti dibangkitkan di Mahkamah Tinggi.

“Ini luar bidang kuasa asal eksklusif mahkamah ini. Kami berpendapat mahkamah tidak boleh memberikan kebenaran untuk memfailkan petisyen di bawah Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan sepatutnya tidak diberikan.

“Jika membenarkan petisyen ini diteruskan akan menyalahguna proses mahkamah ini,” katanya.

Yang turut bersidang ialah, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Datuk Vernon Ong, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Zabidin Mohamad Diah.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan Shee Kai untuk memulakan prosiding melalui satu petisyen bagi mencabar Seksyen 63 dan 64 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan hasil daripada aktiviti haram.

Kedua-dua bahagian adalah berkenaan dengan individu yang telah melarikan diri dan tidak dapat ditemui.

Untuk makluman kerajaan telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk melucut hak 5,792,000 saham dalam Bright Packaging Industries Bhd sebuah syarikat yang dikawal oleh pemohon.

Saham-saham itu dikatakan telah diperoleh menggunakan hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang, Shee Kai juga didakwa oleh kerajaan sebagai orang yang melarikan diri dan menggesa mahkamah membenarkan pelucuthakan itu.

Sebelum ini juga Suruhanjaya Sekuriti (SC) meminta bantuan orang ramai untuk mencari Shee Kai selepas dia memberikan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia berhubung hasil RM11.13 juta syarikatnya yang lain, Asia Media Group Bhd.

Waran tangkap kemudian dikeluarkan terhadap Shee Kai pada 21 September tahun lalu atas dakwaan kesalahan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast