KUALA LUMPUR – Empat ubat batuk yang menyebabkan 66 kematian kanak-kanak di Gambia tidak didaftarkan di Malaysia.
Ubat-ubat tersebut dikilangkan oleh pengilang Maiden Pharmaceuticals, India iaitu Promethazine Oral Solution, Kofexmalin Baby Cough Syrup, Makoff Baby Cough Syrup dan Magrip N Cold Syrup.
“Semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM mendapati keempat-empat produk tersebut tidak berdaftar di Malaysia,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan di sini.
Bagaimanapun, KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan di negara ini terjamin. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: