Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited untuk melaksanakan inisiatif Bajet 2023.

PTPTN akan memaklumkan perincian pelaksanaan insentif kenaikan jumlah pinjaman, penyediaan pinjaman komputer kepada kumpulan M40 dan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN.

Manakala pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dilaksanakan sebagaimana sedia ada.

Permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN  telah dibuka bermula 15 September sehingga 31 Disember 2022 kepada peminjam yang bergraduat pada tahun 2019, 2020 dan 2021.

“PTPTN sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa komited dan bersedia untuk membantu peminjam selaras dengan inisiatif #PTPTNSediaBantu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bajet 2023 dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam.

Beliau mengumumkan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

Kenaikan kadar pinjaman PTPTN dan penyediaan pinjaman komputer untuk kumpulan M40.

Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional dilanjutkan sehingga 2024.

Insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2022 hingga 30 April 2023 meliputi diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

Diskaun 15 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Diskaun 15 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast