RAMAI ahli perniagaan dan usahawan merindukan Malaysia yang makmur semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu, terutamanya ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.
Setelah mengalami keperitan hidup di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), mereka akhirnya dapat mengenal yang mana satu intan dan yang mana satu kaca.
Komuniti perniagaan di negara ini mula sedar bahawa segala nikmat yang dikecapi mereka dahulu adalah hasil kecekapan pentadbiran BN dalam memastikan negara sentiasa aman dan stabil sejak merdeka.
Namun, segala-galanya berubah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di mana keamanan dan kestabilan yang diperlukan untuk memacu ekonomi negara serta menarik pelaburan langsung asing terjejas akibat dasar-dasar tidak tentu hala PH dan PN.
Sebagai perbandingan, dalam masa sembilan tahun, pentadbiran Najib yang melaksanakan pelbagai dasar mesra perniagaan berjaya meningkatkan saiz ekonomi negara daripada RM700 bilion kepada RM1.4 trilion.
Kesan limpahan hasil kemakmuran ekonomi era kerajaan BN di bawah Najib seterusnya dikongsi bersama dengan rakyat termasuk komuniti perniagaan.
Episod malang Malaysia bermula sebaik sahaja PH memerintah. Pada 2018, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara adalah 4.84 peratus, menyusut sebanyak 0.97 peratus berbanding tahun sebelumnya ketika di bawah pentadbiran Najib.
Keadaan tidak bertambah baik pada tahun berikutnya. Ketidakcekapan PH menguruskan ekonomi negara menyebabkan pertumbuhan KDNK pada 2019 hanya mencatatkan kadar 4.44 peratus, menyusut 0.4 peratus berbanding 2018.
Situasi bertambah buruk pada 2020 yang menyaksikan peralihan kerajaan daripada PH pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada tahun itu, Malaysia di bawah pentadbiran PH dan kemudiannya PN mencatatkan pertumbuhan KDNK -5.65 peratus iaitu penyusutan sebanyak 10.09 peratus berbanding 2019.
Maka, tidak hairanlah ramai ahli perniagaan dan usahawan termasuk dari kaum Cina mengeluh tentang betapa sukarnya mereka ‘mahu cari makan’ semasa zaman PH dan PN dahulu.
Kini, sebahagian besar daripada mereka telah insaf dan sedar kesilapan yang telah dilakukan pada PRU14 dahulu akibat terperdaya dengan dakyah palsu dan fitnah jahat yang disebarkan pemimpin-pemimpin PH semasa berkempen.
Komuniti perniagaan percaya hanya BN yang mampu membawa kestabilan dan kemakmuran di negara ini.
Tiada siapa mampu menafikan bahawa BN adalah pilihan terbaik bagi membentuk kerajaan yang berupaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah kuasa ekonomi yang disegani di peringkat serantau dan global.
Andainya rakyat termasuk komuniti perniagaan tersalah pangkah sekali lagi, kesengsaraan yang pernah ditanggung semasa pemerintahan PH dan PN selama 39 bulan dahulu mungkin berulang. – MalaysiaGazette
Rindulah kamu boleh merompak duit pelanggan dalam gst . Padahal bahagian kamu ph yang bayar . Kalau harap kan bn najib bahagian kamu itu akan lesap entah tak akan dibayar terus .
Kamu peniaga bersyubhat dalam gst sebagai perompak berdaftar