BN
Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal calon perdana menteri jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara tersebut ditegaskan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Bercakap kepada media, Ahmad Zahid berkata, tindakan pihak yang menamakan orang lain sebagai calon perdana menteri selain daripada Ismail Sabri adalah bertujuan meretakkan hubungan antara pemimpin di dalam UMNO dan BN.

“Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan, kuasa melantik perdana menteri adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong yang mana pada hemat baginda seseorang ahli Parlimen itu mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen lain.

“Jika ada parti pembangkang ‘menamakan’ orang lain sebagai calon perdana menteri selain Ismail Sabri itu adalah usaha memecahbelahkan Umno dan BN.

“Kita berpegang kepada prinsip UMNO telah mencalonkan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri itu tidak boleh dipertikaikan lagi,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan persidangan UMNO Bahagian Bagan Datuk hari ini.

Sebelum ini terdapat kenyataan yang disebarkan oleh pihak tertentu di media sosial kononnya penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu akan dinamakan sebagai calon perdana menteri jika BN menang PRU15.

Pada bulan lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut menafikan kenyataan yang mendakwa Ahmad Zahid dinamakan sebagai calon perdana menteri seperti yang tular di media sosial.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. masih boleh percaya JANJI ZAHIDFIK NI….bn akan kekal dato hasni sebagai MB JOHOR jika menang besar DUN JOHOR….akhirnya dibakulsampahkan

  2. ZZ macai bebal…yg lantik MB ialah Sultan Johor laaaa…calon sesiapa pun boleh calonkan..samalah mcm PM…UMNO dah calonkan Pak Mail…tp terpulanglah kpd DYMM Agong…

  3. Shake dan Zahid pun BEBAL….bila HAJAT nak lantik Hasni DITOLAK SULTAN JOHOR…batang hidung ZAHIDFIK pun hilang masa angkat Sumpah MB baru ONN HAFIZ….maka ZAHIDFIK dan umnogok bawahnya DERHAKA pada TITAH SULTAN JOHOR

Comments are closed.