Wan Saiful.

SEBERANG PERAI – Walaupun Pas sudah memberi bayangan penggunaan logo parti itu di tiga negeri sudah mendapat restu dan lampu hijau daripada kepimpinan Perikatan Nasional (PN) namun Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata perkara itu belum dimuktamadkan.

Ketua Penrangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberitahu, Majlis Pimpinan Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan hanya memuktamadkan keputusan penggunaan logo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau, penggunaan satu logo yang sama akan menunjukkan kesatuan antara komponen parti dalam PN, selain memperkukuhkan jenama itu sendiri.

“Dalam PN selagi mana belum ada keputusan dibuat di peringkat pusat maka setiap parti bebas menyuarakan pandangan dan cadangan mereka.

“Bagi saya cadangan Pas dan Gerakan mahu menggunakan logo sendiri itu sudah pasti Majlis Pimpinan Tertinggi PN bincang dan keputusan akan dibuat, Insya Allah.

“Satu keputusan terbaik akan diumumkan dalam seminggu lagi selepas PN mengadakan mesyuarat. Ia demi memudahkan rakyat membuat pilihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Jelajah Prihatin Parlimen Tasek Gelugor di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Artikel berkaitan: Pas sudah dapat lampu hijau guna logo sendiri – Takiyuddin

PRU15: Pas guna logo bulan di tiga negeri

Gerakan P. Pinang cadang guna logo sendiri pada PRU15

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. melaporkan Pas akan terus menggunakan logo parti itu di Kelantan, Terengganu, Kedah pada PRU15.

Selain itu, Parti Gerakan Pulau Pinang juga mahu menggunakan logo parti itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast