Foto: FB Liz Truss

LONDON – Perdana Menteri Britain, Liz Truss meletak jawatan hari ini, menjadikan beliau sebagai pemimpin itu paling singkat mentadbir dalam sejarah negara itu.

Peletakan jawatan Truss dilakukan akibat ekonomi merudum selain kekalutan dalam pasaran kewangan berikutan bajet mini yang dilaksanakan kerajaan hasil cetusan idea beliau selain peletakan jawatan dan pemecatan dalam kerajaan dan masalah disiplin dan penyatuan dalam parti pemerintah, Parti Konservatif.

Pilihan raya kepimpinan akan diadakan dalam tempoh seminggu yang mana Truss akan terus memegang jawatan Perdana menteri dalam tempoh tersebut, lapor agensi berita Anadolu.

Bercakap di luar kediaman 10 Downing Street, Truss berkata, beliau dipilih bagi menghadapi rang undang tenaga dan dengan mandat untuk mengubah pertumbuhan ekonomi Britain yang rendah.

Katanya: “Kami berjaya dalam rang undang-undang tenaga terhadap Insuran Nasional dan kami memulakan satu misi pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan cukai yang rendah, yang mana kami mengambil kesempatan daripada kebebasan Brexit,”.

Bagaimanapun, tambah beliau: “Saya mengiktiraf keadaan semasa, saya tidak dapat melaksanakan mandat itu yang mana saya dipilih oleh Parti Konservatif,”.

Truss berkata, beliau telah bercakap dengan Raja Charles III bagi memaklumkan mengenai peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Konservatif.

Katanya: “Pada pagi ini, saya telah menemui pengerusi Jawatankuasa Sir Graham Brady 1922. Kami bersetuju bahawa akan ada pilihan raya kepimpinan untuk dilaksanakan pada minggu depan,”.

“Ini akan memastikan kami kekal pada satu laluan untuk melaksanakan rancangan fiskal dan mengekalkan kestabilan ekonomi dan keselamatan nasional negara kami,”.

Truss berkhidmat sebagai perdana menteri selama enam minggu. – Agensi