I. Vikneswaran

ISKANDAR PUTERI – Enam negara mengesahkan tempat dalam kejuaraan hoki bagi merebut Piala Sultan Johor 2022  (SOJC) selepas tertunda dua tahun akibat pandemik Covid-19 dua tahun lalu.

Kejohanan itu akan berlangsung bermula 22 hingga 29 Oktober ini di Stadium Hoki Taman Daya di sini.

Selain pasukan negara selaku tuan rumah, kejohanan kali ini disertai United Kingdom (UK), Australia, India dan Jepun selain Afrika Selatan yang membuat penampilan pertama.

Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor itu akan memberi pendedahan pasukan hoki muda negara.

Kejohanan tersebut turut mendapat tajaan sebanyak RM2.05 juta daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri.

Sementara itu, pengurus pasukan negara, I. Vikneswaran ketika ditanya mengenai sasaran Malaysia yang kali terakhir merangkul piala itu pada 2011 berpendirian, tidak mustahil Malaysia boleh memenangi kejuaraan itu semula.

“Sasaran kita sudah tentu mahu rangking terbaik untuk pemain mencapai kematangan secepatnya pemain harus adaptasi tahap pemain antarabangsa.

“Ini langkah kanan memandangkan pemain kita dan mereka perlu positif dan yakin dan mereka sebenarnya bergerak dan boleh berjaya memberi sesuatu positif kepada negara.

“Jadi kita beri kepercayaan dan waktu mereka akan tunjukkan sesuatu,” katanya ketika ditemui media pada sidang media sempena kejuaraan Hoki Piala Sultan Johor 2022 di Iskandar Puteri hari ini.

Perlawanan hari pertama esok membawa pertemuan Malaysia akan bertemu pasukan India pukul  8.30 malam. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast