Ahmad Dzaffir Mohd.Yussof.
Ahmad Dzaffir Mohd Yussof

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan menggerakkan 3,700 pegawai kanan dan rendah bagi penugasan  di seluruh negeri ini sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan semua agensi termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan keselamatan dan proses pengundian berjalan lancar.

“Polis Kontinjen Negeri Sembilan sudah bersiap siaga bagi menghadapi PRU15 yang bakal berlangsung nanti dan akan gerakkan 3,700 anggota kita sepanjang tempoh itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

SPR menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian bagi PRU15, penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November.

Sementara itu, Ahmad Dzaffir berkata, pada masa sama persiapan penugasan untuk bencana Monsun Timur Laut juga dalam keadaan siap sedia dengan sumber manusia dan aset kelengkapan untuk digerakkan.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa komited dalam menjalankan penugasan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa dipelihara. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast