Cermin kereta polis pecah selepas ditembak oleh Roberto Jefferson. Foto Twitter

RIO de JANEIRO – Seorang ahli politik Brazil berada dalam tahanan selepas membaling tiga bom tangan ke arah pegawai polis yang datang ke rumah untuk menangkapnya.

Roberto Jefferson yang merupakan sekutu Presiden Jair Bolsonaro, mencederakan dua pegawai sebelum menyerah diri pada hari Ahad.

Akibat perbuatan Jefferson, dua pegawai polis cedera terkena serpihan bom tersebut.

Jefferson, bekas pemimpin parti politik PTB berusia 69 tahun, juga melepaskan kira-kira 20 das tembakan daripada senapang hingga cermin depan kereta polis pecah.

Hakim Mahkamah Agung sebelum ini memerintahkan penahanannya di rumah kerana menghina Ketua Hakim Negara Cármen Lucía.

Malah, Bolsonaro berkata, pihak yang menembak polis harus ditangkap.

Hakim Mahkamah Agung Alexandre de Moraes telah mengarahkan ahli politik itu ditahan atas alasan melanggar syarat tahanan rumah.

Ketegangan politik memuncak di Brazil menjelang pusingan pilihan raya presiden Ahad ini antara Bolsonaro dan pemain sayap kiri Luiz Inácio Lula da Silva.

Lula – yang masih dilihat sebagai pendahulu dalam saingan pilihan raya ini tetapi masih gagal mencapai 50% undian sah untuk mengelakkan undian pusingan pertama pada awal bulan ini. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast