Bursa Malaysia ringgit
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dan nilai ringgit jatuh menjunam secara berterusan sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pentadbir laman Facebook Najib Razak berkata, situasi tersebut berlaku walaupun dunia tidak mengalami sebarang krisis ketika itu.

“Zaman Malaysia kononnya telah diselamatkan dan disanjung tinggi dunia, turun sehingga paras paling rendah sejak lima tahun dahulu.

“Aliran keluar pelaburan asing (Mei 2018 hingga 30 Dis 2019) adalah RM25.8 bilion.

“Gelaran diberi media antarabangsa? Malaysia ialah pasaran saham paling corot di dunia.

“Perlu ingat bahawa ini bukan 1 bulan atau 1 tahun sejak PRU-14 tetapi sepanjang tempoh 22 bulan,” katanya dalam hantaran Facebook.

Sebagai perbandingan, pentadbir laman Facebook Najib Razak memberitahu, ketika era Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Bursa Malaysia melonjak sehingga 1,896 mata iaitu paras paling tinggi dalam sejarah pada akhir April 2018 sebelum PRU14.

Katanya lagu, aliran masuk pelaburan asing (Januari 2017 hingga 30 April 2018) adalah RM13.3 bilion.

“Gelaran diberi media antarabangsa? Malaysia ialah pasaran saham paling lama menaik dalam dunia,” jelasnya. – MalaysiaGazette