KUALA LUMPUR – Fenomena Gerhana Matahari Separa akan berlaku hari ini mulai pukul 4.58 petang dan berakhir 9.02 malam.
Bagaimanapun fenomenatersebut tetapi boleh dilihat di Eropah, bahagian timur laut Afrika, bahagian timur tengah dan barat Asia, kata kenyataan Agensi Angkasa Malaysia.
.
Fenomena Gerhana Matahari Separa ini berlaku pada 4.2 hari sebelum bulan berada pada kedudukan perigee iaitu titik orbit bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari bumi dengan jarak 368,287 kilometer.
Magnitud Gerhana Matahari Separa kali ini adalah 0.8619 dan gerhana maksimum akan berlaku di hemisfera utara pada koordinat 61° 38′ 55.6″ U, 77° 20′ 44.7″ T apabila 82.11 % permukaan matahari diliputi oleh bulan (eclipse obscuration).
Laluan Gerhana Matahari Separa (Lintasan Bayang Penumbra Bulan) ini akan bermula dari Iceland ke Rusia dan berakhir di Laut Arab.
Rakyat Malaysia tidak dapat menyaksikan fenomena gerhana ini kerana laluan bayang-bayang penumbra bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.- MalaysiaGazette