KUANTAN – Sebuah helikopter dengan enam penumpang dilaporkan terhempas di Cameron Highlands kira-kira pukul 1.15 petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang memaklumkan, helikopter milik syarikat swasta itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak dari Lojing, Cameron Hihglands.
“Tiga daripada mereka setakat ini dilaporkan selamat manakala tiga lagi cedera,” katanya kepada pemberita.
Katanya, mangsa melibatkan lima pegawai perubatan termasuk seorang doktor.
Setakat ini, JBPM dari Pahang dan Perak telah digerakkan ke lokasi untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat serta mengenal pasti lokasi helikopter terbabit. – MalaysiaGazette