Pasukan bomba tiba di kawasan nahas dan memberi bantuan kecemasan kepada semua penumpang helikopter.

KUANTAN – Seorang kakitangan jururawat retak tulang peha, manakala empat lagi dilaporkan cedera selepas helikopter yang dinaiki melakukan pendaratan cemas di Cameron Highland awal petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria, kesemua mangsa telah ditemui pada pukul 3.51 petang tadi dalam Operasi Cari Lamat.

Artikel berkaitan: Helikopter bawa enam pegawai perubatan terhempas di Cameron Highlands

Usaha mencari helikopter hilang sudah digerakkan – CAAM

Helikopter jenis Eurocopter AS 355 F2 itu melakukan pendaratan cemas di kawasan berhampiran Big Red Brinchang kira-kira jam 1.15 petang tadi.

Katanya, seramai 21 orang anggota dan pegawai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang terlibat dalam operasi tersebut dibantu 25 pegawai JBPM Perak bersama pihak polis dan seorang pegawai perubatan.

Juruterbang yang dikenali sebagai Kapten Pedro dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Zulfadli berkata, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Cameron Highland untuk menerima rawatan lanjut.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan sebuah helikopter milik syarikat swasta terhempas dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak dari Lojing, Cameron Hihglands.

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan berasingan mengesahkan kesemua lima penumpang dan seorang juruterbang helikopter itu dalam keadaan stabil.

Empat daripada enam mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan kini sedang
menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, semua mangsa akan dibuat penilaian terlebih dahulu oleh pasukan petugasperubatan di zon rawatan apabila dibawa keluar dari tempat nahas.

Katanya, mangsa yang stabil akan dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, manakala bagi mangsa yang mengalami kecederaan akan distabilkan terlebih dahulu di
Hospital Sultanah Hajjah Kalsom (HoSHKA), Cameron Highlands sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Sehingga jam 7 malam tadi, empat mangsa yang mengalami kecederaan telah berjaya dibawa keluar dari tempat nahas ke zon rawatan untuk dilakukan penilaian perubatan.

Dua daripadanya telah dirujuk ke HoSHKA untuk pemeriksaan lanjut dan penilaian semula status kesihatan masing-masing manakala dua lagi masih di zon rawatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast