Konsert percuma Absolut Music Festival by ELFBAR bakal gegarkan Bandar Malaysia.

KUALA LUMPUR – Absolut Events & Management Sdn. Bhd. dengan kerjasama jenama ELFBAR bakal menganjurkan sebuah konsert percuma, Absolut Music Festival by ELFBAR bermula 4 hingga 6 November depan.

Konsert itu bakal membawakan 18 penyanyi terkenal tanah air dan beberapa artis baharu tempatan digandingkan di atas satu pentas yang sama dan  akan diadakan di Bandar Malaysia, Sungai Besi.

Pengarah Operasi Absolut Event and Management, Ben Ali berkata, selain konsert, pihaknya juga akan membawa festival makanan Absolut Food Festival di bawah satu acara.

“Akim antara barisan 18 artis yang akan menjayakan persembahan sempena konsert percuma awal bulan depan di Bandar Malaysia, Sungai Besi.

“Selain Akim & The Majistret, kumpulan rock legenda Search, vokalis Alleycats; Datuk David Arumugam, Faizal Tahir, Joe Flizzow, Andi Bernadee, Dolla serta ramai lagi akan melakukan persembahan sepanjang tiga hari penganjuran acara tersebut.

“Bertemakan festival dengan konsep terbuka, acara ini diadakan bertujuan menyemarakkan lagi industri acara yang tampak suram sejak dua tahun kebelakangan ini.

Pengarah Absolut Events & Management Sdn Bhd, Ben Ali dan Nadiyah Shahab.

Selain itu, turut sama memeriahkan lagi konsert itu nanti adalah Aman Ra, Floor 88, Bunkface, Elizabeth Tan, Janna Nick, Ayda Jebat, Kugiran Masdo , Kidd Santhe , Projector Band , ForceParkBois dan Insomniacks di samping dua kumpulan wanita terbaharu iaitu The Gadys serta The Sara Sisters.

Turut serta, lebih 50 penggiat media sosial dan 50 para penggiat dari industri lakonan seperti Aedy Ashraf, Meerqeen, Anna Jobling, Uqasha Senrose, Emma Maembong, Hannah Delisha dan ramai lagi .

“Ada pelbagai makanan juga akan diadakan sempena acara Absolut Food Festival 2022 nanti dan masuk adalah percuma,” katanya.

Festival yang akan bermula dari 4 hingga 6 November ini turut mendapat sokongan Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia.  – MalaysiaGazette