Ismail Sabri Yaakob berucap pada program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Pahang, di sini, hari ini.

KUANTAN – Hampir 30,000 pengunjung memeriahkan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM)  Peringkat Negeri Pahang yang bermula sejak semalam.

Penganjuran lokasi ke 12 di negeri ini mendapat sambutan luar biasa di dua lokasi penganjuran membabitkan perkarangan Stadium Darul Makmur dan aras Sultan Ahmad Shah International Centre, di sini.

Program JAKM yang terakhir akan melabuhkan tirai esok dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Kehadiran beliau diungkap sebagai bagai sireh pulang ke ganggang dalam ucapan aluan oleh tuan rumah yang mana rakyat di negeri ini menyambut pemimpin anak kelahiran Pahang itu.

Mengakhiri perasmian itu, Ismail Sabri menyampaikan sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia kepada 15 keluarga melibatkan 45 penerima.

Dalam pada itu, beliau sempat merasmikan buku Inisiatif Keluarga Malaysia yang diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korprat Jabatan Perdana Menteri pada majlis yang sama.

Buku setebal 35 muka surat mengandungi empat topik utama mengetengahkan bab transformasi politik, meringankan beban rakyat, agenda perlindungan sosial serta pemulihan ekonomi negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast