Laluan bas percuma bagi pesakit dan pengunjung ke HSA dan HSI yang akan bermula tidak lama lagi.

JOHOR BAHRU- Dalam meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan dan kesihatan awam kepada pengguna di sekitar Johor Bahru, kerajaan negeri bakal menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi pesakit dan pengunjung ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, inisiatif itu melibatkan jumlah keseluruhan kos RM550, 000 setahun.

Perkhidmatan itu akan beroperasi pada setiap Ahad hingga Khamis, seawal jam 6.30 pagi hingga 6 petang.

“Laluan ke  HSA akan bermula pada 30 Oktober ini manakala laluan ke HSI akan bermula pada 1 November 2022.

“Kekerapan bas pula dijadualkan setiap 15 minit pada waktu pagi dan setengah jam pada waktu petang. Ini juga dapat membantu perancangan perjalanan bagi mereka yang perlu dapatkan rawatan.

“Paling penting dengan adanya dua laluan berasingan, setiap satu akan bermula di sebuah lokasi yang mempunyai ruang tempat letak kenderaan yang mencukupi, sekali gus menangani isu menunggu lama untuk mendapatkan ruang parkir di kedua-dua hospital tersebut.

“Semoga usaha ini akan memberi manfaat kepada pesakit serta pengunjung yang perlu ke kedua-dua hospital ini, sama ada bagi mendapatkan rawatan atau menemani mereka yang tersayang,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast