Mutalib Uthman

KUALA LUMPUR – Parlimen Tapah menjadi antara kerusi yang akan ditandingi oleh Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu mempertaruhkan Pengerusi Parti MUDA Perak Mutalib Uthman untuk bertanding di Parlimen tersebut.

Mutalib yang juga pengasas dan penaja bersama parti MUDA berkata, keputusan bertanding di kerusi itu hasil rundingan kerjasama politik di antara MUDA dan Pakatan Harapan (PH).

keputusan itu juga susulan kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengenai status kerusi Parlimen Tapah dan Sungai di Perak serta Sembrong di Johor.

“Untuk menyahut seruan, perjuangan ‘MUDA melawan Menteri’ sebagaimana di kerusi-kerusi lain yang ditandingi MUDA, saya, Mutalib Uthman dengan rendah diri akan menjadi calon di Parlimen P72 Tapah ini.

“Saban hari saya mengulang kata, akan berjuang untuk Malaysia yang lebih baik.

“Perjuangan yang lebih baik bermula dengan perlaksanaan kata-kata (walk the talk). Mohon doa semua. Kita pasti boleh!”katanya dalam kenyataan.

Parlimen Tapah merupakan kerusi Barisan Nasional disandang oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast