Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki warga emas rentung dalam kebakaran di sebuah kediaman di Kampung Dato Harun, Serendah Kuala Kubu Bharu, malam tadi.

Mayat mangsa yang dikenalpasti sebagai Wong Ah Liew, berusia 70 tahun ditemui di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Pengarah Bomba Negeri Selangor, Norazam Khamis berkata, bilik gerakan operasi menerima panggilan kecemasan pada jam lebih kurang 10.35 malam.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian didapati 70 peratus rumah berkenaan sudah terbakar.

Menurutnya, semasa kejadian terdapat tiga orang di dalam rumah itu namun hanya dua orang berjaya lari menyelamatkan diri manakala warga emas terperangkap.

Tambah beliau, kebakaran dapat dikawal sekitar jam 11.07 malam.  – MalaysiaGazette