Bursa Malaysia
Logo Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Pelabur asing menjadi penjual bersih sejak tujuh minggu lalu, kembali menjadi pembeli ekuiti tempatan minggu lalu dengan belian RM292.67 juta.

MIDF Research berkata, pelabur asing menjadi pembeli bersih setiap hari minggu lalu dengan dengan aliran masuk terbesar pada Khamis kepada RM124.90 juta.

Manakala hari Selasa, Rabu dan Jumaat masing-masing menyaksikan aliran masuk RM51.84 juta, RM82.36 juta dan RM33.57 juta.

Tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk bersih oleh pelabur asing pada minggu lepas perkhidmatan kewangan pada RM246.2 juta, telekomunikasi dan media (RM60.8 juta) dan produk & perkhidmatan pengguna (RM37.4 juta).

Sementara itu, tiga sektor dengan aliran keluar bersih ialah perladangan (-RM35.40 juta), pembinaan (-RM31.70 juta) dan pengangkutan & logistik (-RM19.3 juta).

Sebaliknya, pelabur institusi tempatan bertukar menjadi penjual bersih selepas lima minggu melakukan pembelian bersih.

Mereka menjadi penjual bersih setiap hari dagangan dalam seminggu sebanyak RM195.89 juta.

Aliran jualan bersih terbesar pada hari Khamis sebanyak RM 99.15 juta.

Pada hari Selasa dan Rabu, pelabur institusi masing-masing melupuskan  sebanyak RM15.18 juta dan RM19.59 juta.

Sementara itu, pelabur runcit kekal sebagai penjual bersih sebanyak RM96.77 juta minggu lalu.

Mereka menjadi penjual bersih selama tiga hari berturut-turut sebelum menjadi pembeli bersih pada hari Jumaat.

Jumlah jualan bersih ialah RM36.66 juta pada hari Selasa, RM62.76 juta pada hari Rabu dan RM25.75 pada Khamis sebelum belian bersih RM28.40 juta pada Jumaat.

Firma penyelidikan itu berkata, dana antarabangsa telah menjadi pembeli bersih selama 25 daripada 43 minggu 2022, dengan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM6.03 bilion.

Manakala pelabur institusi tempatan adalah penjual bersih penjual selama 30 daripada 43 minggu, dengan jumlah aliran keluar bersih sebanyak RM8.16 bilion.

Peruncit tempatan telah menjadi pembeli bersih selama 27 daripada 43 minggu 2022 dan sehingga kini, mereka telah menjadi pembeli bersih sebanyak RM2.12 bilion.

Dari segi penyertaan, terdapat penurunan dalam purata nilai dagangan harian (ADTV) dalam kalangan pelabur asing sebanyak -18.96%.

Tetapi, bagi pelabur runcit dan institusi, terdapat peningkatan masing-masing sebanyak +8.77% dan +4.81%. – MalaysiaGazette