BAHANG pilihan raya semakin terasa. Penamaan calon ditetapkan pada 5 November ini dengan rakyat akan memilih wakil rakyat pilihan hati pada 19 November untuk tempoh lima tahun akan datang.
PRU15 mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan calon dan parti politik dengan jangkaan lebih 21 juta pengundi termasuk 34 peratus pemilih baharu akan mengundi pada pilihan raya umum kali ini.
Dikhabarkan Parlimen Tapah akan menyaksikan pertandingan 5 penjuru iaitu antara Barisan Nasional, PN, PH, Pejuang dan GTA.
Rata-rata dalam tinjauan yang dibuat dalam kalangan warga Tapah, ternyata penyandangnya Datuk Seri M Saravanan mengekalkan rekod prestasi cemerlang sejak beliau menjadi wakil rakyat pada tahun 2008.
Beliau memiliki rancangan jelas dan teratur untuk masa depan generasi muda di kawasan ini khasnya dalam agenda memperkasa golongan muda.
Selain daripada mempunyai kredibiliti, ketampanan wajah beliau juga sering menjadi buah mulut orang tempatan, “tall, dark and handsome” jadi, tidak anehlah kalau Saravanan ramai penyokong.
Lazimnya, pengundi akan memilih calon yang berkhidmat sepanjang tahun, bukan sahaja “turun” ketika musim pilihanraya tetapi yang menjaga kebajikan pengundi sepanjang masa.
PRU15 adalah masa untuk rakyat memilih pemimpin terbaik. Pengundi sememangnya bijak dan tidak akan memilih mereka yang muncul lima tahun sekali kemudian hilang selepas PRU berlalu.
Rata-rata pengundi setempat melahirkan rasa teruja dan telah membuat penilaian sendiri berkaitan calon-calon yang bakal bertanding, namun mengakui calon terbaik adalah calon Barisan Nasional (BN).
Berdasarkan prestasi kerja, nampak jelas, Saravanan mendahului pencabar-pencabar lain yang bakal bertanding.
Segala-galanya ada di Tapah, dari projek-projek infra-rakyat seperti jalan raya, jalan kampung, bekalan air, elektrik sebagainya kepada penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Dari dulu hingga sekarang warga Parlimen Tapah dapat menyaksikan pelbagai pembangunan dilaksana bagi membangunkan dan memajukan kawasan parlimen Tapah oleh Saravanan.
Beliau amat cakna dengan pembangunan luar bandar kerana Saravanan bukan sahaja berasal dari kawasan kuarters hospital Kuala Lumpur (Kampong Baru) malah cakna kebajikan komuniti. Saravanan senantiasa memastikan tiada pihak yang tercicir daripada menerima bantuan yang selayaknya mereka peroleh.
Sebagai Menteri Sumber Manusia, Saravanan menganjurkan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 peringkat negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan, Tapah pada 11 dan 12 Jun 2022.
Hebat sekali apabila lebih 8, 000 peluang pekerjaan disediakan bagi pencari kerja merangkumi anak-anak muda, graduan, orang kelainan upaya, individu yang kehilangan kerja dan sebagainya.
Ada lagi berita baik bagi yang masih mencari kerja. Pada 2 November 2022 ini bertempat di Arena TN50, Tapah akan diadakan pula satu lagi kernival kerjaya bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Lebih 1, 000 peluang pekerjaan daripada pelbagai sektor menanti warga Tapah.
Bijak buat pilihan. Demi Negara, keluarlah mengundi. – MalaysiaGazette
M Vivekananthan, Setiausaha Sulit kepada Menteri Sumber Manusia