Logo Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melanjutkan insentif pengurangan kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 bermula 1 November hingga akhir tahun ini.

Lanjutan tempoh itu bagi memberi lebih masa bagi syarikat-syarikat mengambil tindakan supaya mematuhi perundangan serta meringankan beban kewangan mereka ke arah pemulihan ekonomi negara dalam fasa peralihan ke endemik.

SSM dalam kenyataannya hari ini berkata, SSM menerusi insentif itu, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus daripada nilai asal kompaun bagi semua kompaun yang telah ditawarkan di bawah akta berkenaan.

Insentif itu telah dilaksanakan sejak 1 Mac hingga 30 Jun lalu sebelum ia dilanjutkan hingga 31 Oktober.

Semakan status kompaun boleh dilakukan melalui e-mel ke [email protected] atau hadir ke mana-mana pejabat SSM di seluruh Malaysia.

Manakala semakan kompaun dapat diakses secara dalam talian menerusi pautan e-Kompaun atau pautan portal EzBiz Online. – MalaysiaGazette